Kita Mampu Mempertahankan Hak Rakyat Bersama

sertai kami sekarang dan bersama kami dalam perjuangan demi rakyat malaysia

tentang kami

SURPLUS telah didaftarkan atas nama Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang dan bernombor pandaftaran PPM-001-07-18112016

SURPLUS diasaskan oleh Ustaz Sophian Mohd Zain di Pulau Pinang dan hari ini, SURPLUS telah mempunyai aktivis aktivis di seluruh Semenanjung Malaysia.

Aktiviti utama SURPLUS adalah membongkar kesalahan yang telah dilakukan oleh warga asing terutamanya pendatang asing tanpa izin yang merompak secara halus peluang pekerjaan, ekonomi dan subsidi warga tempatan terutamanya bangsa Melayu. Banyak kedai-kedai kecil yang dimiliki oleh orang Melayu terpaksa gulung tikar apabila ramai warga asing dengan sewenang-wenangnya membuka kedai. Terdapat juga warga tempatan yang tinggal di kampung-kampung hilang mata pencarian seperti potong rumput, kerja tukang dan sebagainya, apabila warga asing menawarkan khidmat dengan harga yang jauh lebih murah.

KELAB PENYOKONG SURPLUS MALAYSIA pula ditubuhkan pada tahun 2024 dengan no pendaftaran NSID-027-30032024 bertujuan sebagai penyokong utama SURPLUS dari segi bantuan dana, penambahan ahli, tenaga kerja, hebahan dan juga sokongan moral untuk aktivis-aktivis SURPLUS seluruh negara menjalankan aktiviti mempertahan dan memperjuang hak rakyat Malaysia.

aktiviti kami

01.

— Terjah & Bongkar

Kami akan menerjah premis Warga Asing Tanpa Izin dan membongkarkan kesalahan mereka kepada umum melalui sosial media

02.

— Lapor Kesalahan

Kami akan membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan berkaitan untuk sebarang kesalahan Warga Asing atau mereka yang membuat onar yang cuba memporak perandakan keharmonian Malaysia

03.

— Mempertahan

Kami mempertahankan Perlembagaan Malaysia, Hak Rakyat, Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan keharmonian Malaysia dengan pelbagai bangsa yang bersaudara

04.

— Kebajikan

Kami membantu mereka yang memerlukan, sumbangan kepada anak anak yatim, edaran makan kepada gelandangan serta sumbangan kepada mangsa bencana alam

05.

— Perundingan

Kami menjadi orang tengah kepada masalah rakyat dengan pihak berkuasa dalam menyuarakan hak rakyat

06.

— Kesedaran

Kami memberi kesedaran kepada rakyat berkenaan undang undang yang berkaitan dengan Warga Asing & Hak Rakyat serta menjelaskan peranan agensi penguatkuasa

rakan strategik surplus